Notis privasi.
Versi 2 Oktober 2026. Notis ini menerangkan data yang diproses melalui pendaftaran dan permohonan affiliate SempoiCart.
Data yang dikumpulkan
Nama, email, telefon, nama bisnes, link TikTok Shop, domain pilihan dan kod referral untuk pendaftaran. Permohonan affiliate mengumpulkan nama, email, telefon dan profil/channel promosi. Rekod persetujuan, rujukan permintaan, rujukan transaksi dan status pembayaran disimpan untuk memproses serta menyemak permintaan.
Tujuan dan penyedia servis
Data digunakan untuk memproses pendaftaran, mengurus setup dan onboarding, menyemak permohonan affiliate serta mengira komisen yang layak. Cloudflare digunakan untuk hosting, database dan pengesahan keselamatan. Data yang perlu untuk pembayaran dihantar kepada CHIP. Maklumat kad dimasukkan pada halaman CHIP, bukan disimpan oleh laman ini.
Keselamatan dan cookies
Cookie HttpOnly yang diperlukan digunakan untuk membolehkan browser asal menyemak status transaksi selama maksimum tujuh hari. Cloudflare Turnstile digunakan untuk menapis permintaan automatik. Laman ini tidak memasang pixel pengiklanan atau tracking pemasaran. Google Fonts mungkin menerima maklumat sambungan biasa ketika fon dimuatkan.
Penyimpanan dan permintaan data
Akses data operasi dihadkan kepada pentadbir yang diberi kuasa. Permintaan pembetulan atau pemadaman boleh dikemukakan kepada pasukan Sugarush melalui saluran urusan pembelian/onboarding anda; identiti perlu disahkan terlebih dahulu. Rekod transaksi yang perlu untuk rekonsiliasi atau keperluan rekod berkenaan mungkin perlu dikekalkan.
Sebelum pengaktifan borang
Saluran rasmi permintaan privasi, tempoh penyimpanan dan identiti entiti perniagaan akan dimuktamadkan sebelum pengumpulan data awam diaktifkan. Selagi konfigurasi ini belum lengkap, borang pendaftaran dan affiliate tidak menerima penghantaran.